Wednesday, September 19, 2007

kenangan manis hidupku..

Best song for U all




Nama sebenar Dawson Jikol, seorang budak kampung yang memang terkenal dengan kenakalan yang melampau bagi seorang budak yang nakal, Suka membuat orang geram tetapi suka juga membuat orang gembira. Saya mepunyai Kembar yang bernama Dalton Jikol juga mempunyai perwatakan yang hampir sama dengan saya. Apa yang kembar saya suka juga saya suka dan ini membuatkan kami sering bergaduh hanya untuk mendapatkan benda yang kami berdua suka. Hem..jenis barang yang sering kami berdua suka contohnya komik,alat permainan, basikal,em banyak lagi tetapi itu hanya dari segi kebendaan sahaja.

Perjalanan hidup saya banyak di penuhi dengan suka dan duka tetapi saya menerimanya dengan positif dan hanya menganggapnya sebagai satu pengajaran untuk menempuh ke alam dewasa yang lebih mencabar dan penuh dengan muslihat.

Dari segi sejarah pendidikan, saya telah beberapa kali bertukar sekolah. Saya masih ingat nama-nama sekolah yang pernah berjasa kepada saya dalam membentuk keperibadian diri saya. SK Rangalau Baru, SK Malangang, SK Inanam Laut, SK Pekan Tamparuli dan SMK Tamparuli terima kasih saya ucapkan kerana sudi menerima kehadiran saya.

Hidup sebagai seorang pelajar sekolah rendah dan menengah dipenuhi dengan pelbagai kenangan manis yang sukar untuk dilupakan. Saat bergurau senda dengan rakan sekelas rakan sepermainan dan rakan sekolah memang menyeronokan. Kadang-kadang air mata terbentuk di kelopak mata disebabkan terkenang akan kenangan lalu ynag mengamit seribu kerinduan.

Dari segi sejarah percintaan memang tidak terlepas dari kita sebagai seorang manusia. Semua orang akan mengalaminya dan saya akui yang saya pernah berdampingan dengan beberapa orang gadis sehingga lah saya menemuhi cinta pertama dalam hidup saya. Ramai orang kata cinta pertama memang kenangan yang paling sukar untuk dilupakan dan ada kebenaran juga dan sememangnya cinta pertama sukar untuk luput dari kita. Bagi saya walaupun cinta pertama telah gagal tidak bermakna saya tidak akan menemuhi lagi cinta yang telah hilang itu dan kini saya telah menemuhinya dan berharap biarlah cinta itu lebih hangat dari yang pertama.

Seperti mimpi pula rasanya apabila kita dapat mendapat apa yang kita inginkan. Kadang-kadang saya tertawa sendiri apabila memikirkan apa yang telah berlaku dalam hidup saya semenjak kebelakangan ini. Hidup menjadi lebih ceria, bermakna, dan lebih dihargai. Kenangan berlarian dengan orang yang kita sayangi di waktu hujan memang sangat bermakna dan memang manis jika diingatkan kembali. Hah...indahnya hidup ini:-)

No comments: