Thursday, September 27, 2007

Sweet memories with my classmate..


Dah hampir sampai ke penghujung saya berada di UiTM Shah Alam, macam makin berat hati pula nak tinggalkan UiTM tapi apa boleh buat yang lama akan digantikan dengan yang baru.

kenangan belajar di UiTM banyak memberi saya kenangan yang berharga.Ramai rakan-rakan baru yang saya kenal terutamanya classmate saya sendiri.Kawan-kawan belajar di Universiti tak sama dengan kawan-kawan masa sekolah menengah and rendah kerana masa sekolah rendah dan menengah bila naik tingkatan saja kami akan bertukar kelas tapi dengan kawan-kawan sekelas dan seuniversiti ini kami dah bersama hampir 2 tahun setengah dah dan saya boleh faham akan perwatakan masing-masing walaupun kadang-kadang sering terjadi perselisihan tapi itu hanya dalam bidang akademik sahaja, biasalah sebagai student kita sering hendak lebih dari kawan-kawan kita dan boleh dikatakan persaingan memang sengit terutama bila group saya dengan group Aizat macam dalam medan perang pula..haha..

Ciri keperibadian kawan-kawan saya..Mmm..walaupun tak pasti tapi dari segi pandangan saya mereka semuanya unik...


Aizat- Dia orangnya besar dan tinggi tapi orangnya baik. Walaupun orang sering mengatanya dari belakang tapi dia macam jenis yang tak ambi kisah sahaja..Kadang-kadang rasa bersalah pula bila kita mengata yang bukan2 tentang dia tapi dia tak pula balas dengan cara yang sama tapi dia membiarkan sahaja dan terus melayan kami dengan cara yang baik. Memang sesuai menjadi ketua kelas kami..;-)

Meera- Boleh dikatakan sebagai gadis yang paling hot kot dalam kelas saya. Meera ini susah nak cakap tapi dia ni gadis yang baik tapi kadang-kadang nakal juga orangnya. Masalah tentang Meera ni..ada satu saja..kalau dah ketawa tu wu susah nak berhenti..tapi saya rasa dia ni gadis yang paling rajin dalam kelas. kalau pasal asignment tu..blum submission day dia dah siap dah..wu betul2 leh jadi pekerja yang baik.

Sham- Orangnya montel dan comel. Jenis yang friendly menyebabkan dia mempunyai ramai kenalan. Sham ni tak banyak yang dapat saya ceritakan tapi dia ni sememangnya antara sahabat yang terbaik.

Wahi- Banyak karenah tapi ok juga orangnya. Dia ni kira classmate saya yang paling tua dalam kelas umur dah 25 tapi perangai mengalahkan budak2. orangnya kecik-kecik saja. Suka ponteng kelas tapi ta pena ketinggalan dalam pelajaran biasalah pandai bodek2 lecturer..hehe..Dia ni boleh membuat kelas yang suram menjadi ceria dengan perangainya yang kadang-kadang lucu.

Hanim-Gadis dari Ampang Selangor. Seorang yang baik dan boleh dikatakan antara geng-geng yang rapat dengan saya.

Ela- Entah apa yang nak bagitau pasal pempuan ni..em, bagi saya ela ni gadis yang kira ok dan rajin buat kerja tak kira lah kerja tu untuk akademik ataupun untuk event tapi dia ni memang rajin orangnya. Ela ni ada masalah cikit lah kadang-kadang time buat kerja tu dia ada emosional cikit. Kalau nak kacau dia time buat kerja tu kena buat analisis dulu untuk tengok samada bole kacau ke tak.

Malini- Gadis dari kelantan. Selalu kecek kalantan dengan Tini. Manis orangnya dan jenis yang lurus dalam persahabatan.

Yati- Seorang yang boleh dikatakan antara kawan-kawan yang lucu juga. Saya suka mengacau dia dalam kelas tapi dia ta marah pun dan seronok bila berbual kosong dengannya.

Salbiyah- Gadis yang berasal dari Pahang. Saya suka buat hal dengannya..hehe bukan apa gurau aje. Tak tau apa nak cakap tentangnya. Dalam kelas dia di panggil Siput aje. Dia ni selalu kelihatan seperti orang yang mengantuk tetapi tak pula. Memang seronok berkawan dengan Siput.

Tini- Antara kawan yang saya suka bawa berborak. Selalu tempat saya berkongsi cerita tentang perkara-perkara yang berkaitan dengan diri saya. Tini ni seorang pendengar yang baik dan selesa bila bersama dengannya.


Husna
- Orangnya kecil dan comel. Husna ni lemah lembut orangnya dan senyumannya manis sekali. Bercita-cita untuk menjadi seorang guru dan disebabkan itu kadang-kadang kami suka memanggilnya cikgu Husna.

Salmi- Saya suka memanggilnya Umi coz saya rasa lebih sesuai dan mesra. Umi ni gadis berbadan besar tapi lemah lembut orangnya dan boleh dikatakan Umi ni merupakan gadis yang paling lemat lembut dalam kelas dari segi perangai dan percakapannya

Fatin- Pena jadi kamcing time part 1 lagi..naik sem makin kurang dah tapi walaupun begitu kami tetap kawan. Fatin ni seorang yang baik juga banyak bagi nasihat walaupun tak boleh pakai tapi dia ni kira ok juga.


Jang- Em tak sempat nak kenalnya dengannya lebih lama. Time part 3 dia dah berhenti entah kenapa tapi saya memang rindu juga dengannya.

Sheilin- Sama juga dengan jang entah kenapa tiba-tiba berhenti dari UiTM. Eh rindu lah na menari lagi dengan Sheilin..


Ucapan saya untuk kawan-kawan saya ialah semoga kamu semua berjaya dalam hidup dan saya tak akan melupakan kamu semua sampai bila-bila..Love U all my friend…

No comments: